Monday, January 01, 2007

Hari Raya Aidiladha di Pulau Pangkor ( Bahagian 1)

Dah lama pakcik tak jenguk blog sendiri, dan masih tak terlambat untuk pakcik mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menyambut tahun baru 2007!
Hari Sabtu lepas pakcik dan abang pakcik (En. Arip) ke Pulau Pangkor,tu sebab Pakcik tak online beberapa hari nih. Kami bertolak dari USJ kul 7.30 pagi, plan nak balik semula ke USJ lepas solat asar, tapi entah nasib apa pagi tu agaknya, dari Tronoh, ke Sitiawan, sampailah ke Lumut, kemain banyak lori yg amat, pakcik hanya leh bawak kereta 40km/j aje mengikut bontot lori tu! Potong satu lori, depan ada lori lagi, potong lagi ada lori lagi, cis!




Image hosting by Imageshack.us
Sebab nak sampai awal, kami tapaw croissant tuna kat Dunkin Donut dan makan dalam kereta aje..yum, yum,





Image hosting by Imageshack.us
Lengang aje lebuhraya utara- selatan sebelum kuar exit Gopeng..





Image hosting by Imageshack.us
Banyaknya sign board! mana satu nak tengok nih? ni kat simpang lepas kuar exit gopeng...pastu kereta pakcik di horn dari kereta belakang sebab lampu hijau pakcik tak jalan! haiyo, nak tengok traffic light pun kena cari betul-betul kat celah-celah sign board tu!! ingat ini game cari barang tersembunyi ke apa?? Pakcik arahkan , kasi turun sign board yg tak berkenaan tu sekarang jugak!!





Image hosting by Imageshack.us
Mengikut bontot-bontot lori...



Masa perjalanan tu, sempat singgah kat Kellie’s Castle spt yang dicadangkan si Irwan tu. Pakcik terasa sesuatu lah di situ *lari.Dalam kereta pakcik hanya nyanyi2 walaupun suara serak dan kalau nak tahu pakcik demam kuat haritu. En Arip pulak ambik2 gambar, Last2 sampai Jeti pukul 12.00 tengah hari!




Image hosting by Imageshack.us
En Arip, main2 camera sambil pakcik menyanyi LOL





Image hosting by Imageshack.us
Kellie's Castle...





Image hosting by Imageshack.us
Pakcik 1st time sampai Kellie's Castle nih...bila tengok Kellie's Castle nih, teringat sebuah castle kat persisiran sungai Rhine kat German dulu...Katz castle namanya...nak tengok castle ni, kena naik feri kat Rhine River...





Image hosting by Imageshack.us
En Arip pun 1st time singgah Kellie's Castle nih...





Image hosting by Imageshack.us
Bagi keretaku rehat kejap di depan Kellie's castle...





Image hosting by Imageshack.us
Meneruskan perjalanan dan terserempak Masjid topless, ginilah rupanya masjid yg belum dipasang kubah...oo, kubahya diorang pasang kemudian, 1st time pakcik nampak...



Sampai Lumut, kami parking kereta kat tempat letak kereta bertingkat, bayaran yang dikenakan hanya 30 sen untuk satu jam, murah kan? dan percuma untuk satu jam pertama, memandangkan sampai situ dah lewat akhirnya kami buat keputusan untuk bermalam aje, tanpa membuat sebarang persediaan dan kelengkapan untuk bermalam!

Masa mendengar penerangan dari seorang agen pelancongan kat jeti tu, pakcik terserempak dengan rakan sekelas pakcik, Si Surya Adelina (sun) dgn suami dan anak dia, happy pakcik dapat jumpa kawan lama! Keciknya dunia kan?.




Image hosting by Imageshack.us
Bandar Lumut...





Image hosting by Imageshack.us
En Arip kata, dulu dia sampai sini, tempat ni tak moden macam ni lagi...





Image hosting by Imageshack.us
Jeti...


Pastu kami booked challet kat Teluk Nipah melalui agen tu, memandangkan ini kali pertama pakcik pegi pulau Pangkor , En. Arip pulak 10 tahun lepas dia sampai pulau nih dan ini kali ke-2 di datang lagi, mestilah banyak perubahan kan? so better dapatkan maklumat dari agen tu. Challet yg kami sewa tu hanya RM110 sahaja! Untuk satu malam (hari biasa RM80) Challet ni sahaja yg tinggal, yg lain dah full! Dan kami sewa motor sekali hanya RM10 untuk sehari semalam, pastu beli tiket feri dari jeti ke Pulau Pangkor hanya RM20 untuk perjalanan pegi - balik untuk 2 orang. Betul-betul murah kan semuanya??? So Kos keseluruhan hanya RM140!( macam harga sehelai polo t-shirt hijau yg pakcik pakai tu! LOL ). Pastu kitaorang terus gi beli barang2 yang patut untuk bermalam dan makan tengah hari sekali, sebab tiket feri tu open tiket, boleh naik ikut waktu yang kita suka, so taklah rushing sangat. Lepas beli barang dan makan , kami pun naik feri ke Pulau Pangkor pukul 12.45 tengah hari, nampak gaya pakcik akan berhari Raya Aidiladha kat Pulau tahun nie…hehehe




Image hosting by Imageshack.us
En arip kata dulu feri yang dia naik tak macam yang nih...





Image hosting by Imageshack.us
Pakcik excited walaupun demam kuat, pakcik bukan jenis suka baring, pakcik wat tak tahu aje,sepanjang perjalanan dalam feri, pakcik diri kat deck aje sambil berjemur...





Image hosting by Imageshack.us
Siapa yang kena gigit anak jerung masa snorkling ni? nantikan di bahagian 2!

3 Comments:

At 10:46 PM, Anonymous Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidiladha pakcik... Melihat kan Perak rindu pulak zaman-zaman belajar dulu.. Kelies Castle tu dulu, aku selalu duduk termenung kat atas bumbung tower tu kalau sedih2... (tetap cari castle kan?).. Dari situ nampak tempat shooting Anna and The King..

Tak sabar nak nantikan bahagian ke 2 yg pasti nya best!!!!

SILA UPDATE SEKARANG!! LOL
(matila mengugut pemilik blog.. LOL)

 
At 10:56 PM, Blogger wahdi said...

Haiyo termenung di bumbung castle tu kah?? persis putera raja menanti puterinya... tetap castle yg dicari kan?~~ psttt tak rasa seram sejuk kah? hehehe

Ampun Tengku, beta demam, esok saja patik up-date ya? LOL

 
At 11:01 PM, Anonymous Anonymous said...

Mestilah.. beta suka duduk situ! tapi tengahri buta. kalau petang tidak sekali! Lepas termenung pukul 2 time kasi rusa makan.. So berangan persis duduk di Ohio kasi rusa makan~ best!

Semoga kamu cepat sembuh ya!!

 

Post a Comment

<< Home