Tuesday, October 17, 2006

Buka puasa dengan beer!

Wah sure ada yang menirap darah bila baca tajuk kat atas, tul tak? itulah yang pakcik rasa dan lebih dari itu!. Sebenarnya pakcik nak kongsi 4 pengalaman yang betul2 memberi dugaan kepada pakcik di bulan Ramadhan.Yang lain tu banyak lagi, tapi tak perlulah pakcik cerita, pada pakcik yang lain tu dugaan kecil sahaja...

1) Masa pakcik kat opis lama, 2 tahun lepas, opis pakcik ada wat majlis berbuka puasa sempena meraikan staff yang beragama islam,tapi big boss pakcik Desmon Ho tu adalah free thinker, so dia supply sekali satu tong beer kat majlis buka puasa tu khas untuk non muslim katanya,nama pun free thinker, for sure tak alert dengan benda2 yang mengaitkan sensitiviti orang muslim...buah kurma takde lak dihidangkan... rasanya nak tumbuk2 aje muka dia, kalau dah nama majlis buka puasa takyah lah bawak beer sama...bila azan berkumandang ada beberapa staff melayu kat opis pakcik membatalkan puasa dengan beer!!! bangang punya manusia, time tu pakcik dah macam nak bertukar jadi hulk aje, nak aje pakcik rendam kepala seko2 kat kolam ikan luar opis pakcik tu, pastu tetak kepala seko-seko guna cangkul tumpul kat luar opis tu ! bangang punya manusia! pastu dengan minum seteguk air pakcik terus campak cawan pakcik ,dan terus blah dari majlis tu ! bos pakcik lak, senyum aje tengok budak2 melayu tu berbuka puasa dengan beer! semua bangang-bangang!



Image hosting by Imageshack.us
Bersiap sedia lah korang! itulah warning pakcik dalam hati sebelum chow dari majlis tu



2) Yang ini menurut apa yang En. Arip ceritakan, bila dengar En. Arip cerita, pakcik rasa nak umumkan perang jihad ke atas orang tu!. Ni satu lagi kes, colleague En. Arip yang beragama islam, dengan terang-terangan mengaku dah murtad dan dah jadi free thinker jugak...mampos lah ko. Pastu dalam bulan ramadhan, dengan tak menghormati org sekeliling, sambil buat kerja kat opis dia makan kuih pau berinti daging babi panggang!dahlah bau satu opis, pastu buat selamba aje tanpa meperdulikan rakan muslim yang lain,*pakcik nangis dalam hati bila dengar En. Arip citer.nak nangis betul2 takut batal puasa pulak!



Image hosting by Imageshack.us
Bila dengar En.Arip citer, pakcik rasa nak aje tanduk mamat tu macam ni...



3) Yang ni masa kat ikea tempoh hari...masa berbaris untuk ambik pinggan kat buffet puasa IKEA, pakcik kedepan lah sikit masa beratur tu untuk ambik gambar,gambar untuk blog pakcik... so mamat depan pakcik dengan family dia tetiba cakap kuat, macam nih bunyinya 'kita beratur ya, kita manusia kita bukan kambing'. Pakcik o.k lagi,tapi bila dia ulang2 ayat tu sampai 3 kali dan sah-sah lah kan dia tujukan ayat tu untuk pakcik?, pakcik tengah ambik gambar pun, bukan nak potong dia,buta ke? dengan tidak dapat menahan sabar yang teramat, pakcik sound balik mamat tu dengan sesopan-sopan ayat...pakcik kan orang melayu!



Image hosting by Imageshack.us
Ada ke patut pakcik disamakan dengan natang kat atas nih???



4)Yang ni pulak bukan pengalaman yang menguji kemarahan, sebaliknya betul2 ujian untuk pakcik menahan lapar dan dahaga..kisahnya, pakcik kan penah membesar kat Muar, time tu bulan ramadhan umur pakcik 13 tahun, for sure form 1 lah... dalam kul 3 petang, pakcik ditugaskan oleh ayahnda pakcik untuk ambik adik pakcik dari sekolah agama yang terletak kira-kira 4km jauhnya, mungkin lebih kot...Ayah pakcik aritu tak free pegi kutip hutang awal katanya...pastu pakcik naiklah kapcai capok, time tu takde bike canggih2 kat umah pakcik,ayahnda cakap tangki minyak tu o.k, cukup2 aje...tak yah gi isi, yelah, kan pakcik budak lagi, mana ada lesen nak bawak bike kat jalan besar dan isi minyak bagai, so...kenalah ikut jalan lain yang jauh,ikut jalan belakang senang citer,kena redah ladang kelapa sawit, ladang getah, belukar, kampung2 kecil, seterusnya membawa pakcik ke town... sebab that was the only way yang boleh sampai ke sekolah adik pakcik untuk orang yang tidak berlesen macam pakcik ni...5 kali ganda jauhnya kalau nak dibandingkan ikut jalan biasa! ayahnda pakcik pulak lupa tangki minyak tu memang cukup kalau ikut jalan biasa, kan pakcik guna jalan belakang? ambik kau, lepas ambik adik pakcik kat sekolah sampai aje ladang getah tu,enjin moto tu mati, bila periksa tangki, minyak dah kontang! pakcik kena menolak moto kapcai capuk yang berat hazab gila tu sejauh 4-5km sampai umah, dah lah bulan puasa, panas terik tak ingat,adik pakcik time tu umur 7 tahun, dia puasa tengah hari bukak periuk,tapi kesian jugak kat dia, kena jalan kaki...tapi yang pakcik bangga sampai umah memang letih tak hingat punya, ibunda tanya, tak nak berbuka ke? sebab muka pakcik pucat naik biru katanya, pakcik cakap takpelah pakcik nak teuskan puasa,tak sanggup nak ponteng walau sehari!, bila ayahnda dapat tahu, nampak sgt muka dia rasa guilty, sebagai ganjaran masa hari raya, dia bagi duit raya kaw-kaw banyak tak ingat kat pakcik! pakcik suka!!!



Image hosting by Imageshack.us
Lebih kurang camni lah kapcai tu...tapi kaler merah yang pudar...

5 Comments:

At 7:56 PM, Blogger Irwan said...

Moral of the story : Banyakan bersabar...

 
At 10:45 AM, Anonymous Anonymous said...

Dah boss bengong tuh jamu beer (kalau root beer takpe) yg melayu/islam pun layan...bukan setakat double benggong....100 kali punya benggong.

 
At 11:22 AM, Blogger wahdi said...

Iwan,pakcik kalau ko, ko leh sabar tak agak2nya? :D

yg melayu yg minum tu memang berjuta kali bengong! masa minum tu bukan kemain masing2 happy ,yg heran masing2 tu ngaku puasa!

 
At 7:35 PM, Blogger Irwan said...

hohoho. itu aku sendiri x leh sabar.. yg aku cakap sabar tuh.. yg kisah2 lain tuh..
Kalau utk kes berbuka dgn beer tuh. Moral of the story : Bersedialah utk di bakar oleh tuhan... sbb mereka buduh mcm lembu. lembu pun pandai lg beza nak kena sembelih.

 
At 4:44 PM, Anonymous Anonymous said...

Bos jahat tu patut letak nama Demon Ho Ho Ho! Suka tgk orang islam gadaikan agama.. orang macam Demon ni memang ramai, kena berhati-hati.

 

Post a Comment

<< Home